Pages,

Korean Artist

Korean Artist
New Picture

Wednesday, 13 July 2011

Seminar Gagasan 1 Malaysia, Peringkat Negeri Sabah.



1 Malaysia...

hari ini 13/07/2011 attend majlis seminar nie... sebagai seorang penjawat awam, dan sebagai seorang yang kurang celik terhadap politik...Penuh dewan Sa'adah MUIS dengan 1,200.00 orang penjawat awam, Persatuan Ibu Bapa, dan Alumnai BTN....
 tapi bukanlah nak cerita tentang orang sesak penuh dewan.. tetapi sebagai seorang yang baru sahaja mendaftar di SPR sebagai pengundi di Jom Heboh hari tue... banyak juga input mengenai politik dan kefahaman mengenai konsep 1 Malaysia nie...
pandangan peribadi "saya rasa Konsep 1 Malaysia ini amat mudah dan senang untuk rakyat memahaminya dengan Moto yang amat jelas "Rakyat didahulukan, Pencapian diutamakan". pada zahirnya bagi menuju kepada konsep ini pokok pangkalnya adalah perpaduan dalam kalangan Rakyat yang berbilang kaum. tapi perpaduan dalam kaum nie bukanlah dimaksudkan dengan kelahiran masyarakat majmuk dalam soal perkahwinan tetapi lebih kepada menjadikan rakyat boleh bergumpul bersama, bersatu hati, tanpa sengketa...

Kejutan yang lebih besar ialah melihat situasi negara baru-baru ini dengan perhimpuan haram "BERSIH 2.0" menjadikan saya kepada insan yang tertanya-tanya "Nak tuntut perubahan dalam pelbagai dasar dalam negAra dengan menghalalkan cara yang kurang elok"... takkan rakyat dah tak tahu nak berundingkan...
takkan nak ikut negara yang berevolusi seperti Mesir,Indonesia, Thailand dan negara serantau yang lain...
Tuntutan "BERSIH 2.0" saya tak nak cerita tetapi yang lebih ironi dan menganggu fikiran adalah tuntutan daripada pelopor perhimpunan ini melalui (IFC) nie yang menarik perhatian saya... Kalo baca mesti terbeliak Mata...Kawan-kawan kat tempat check pun bilang  "apa kehe nie yob"... "cakap dok pakei lutut"...ha.ha.ha.ha..depa royak lagu nie lagi "Hawat mu doh Gila"....
kerana bila kita baca tuntutan AMBIGA melalui IFC mesti ungkapan diatas juga akan terlontar dari mulut tuan-tuan... (";)


ANCAMAN PENUBUHAN IFC DI MALAYSIA
                                                       
                                                    Apa itu IFC(Inter Faith Commission)

IFC berasal dari IRC( Inter Religion Council ) yang merupakan Suruhanjaya Antara Kepercayaan yang dicadangkan sebagai sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama(cth: Agama Islam) atas desakan penganut agama lain. IFC berfungsi seakan SUHAKAM yang turut menerima dan melayan aduan berkaitan agama.

IFC ditubuhkan oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism atau singkatannya MCCBCHS ataupun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandum bertarikh 21 Ogos 2001 kepada Majlis Peguam Negara.

                                                           Matlamat Penubuhan IFC

IFC ditubuhkan untuk membolehkan mereka meminda beberapa ajaran asas Islam yang boleh merosakkan akidah umat Islam serta lebih berpihak kepada orang bukan Islam.

                                                                  14 Tuntutan IFC 
1.
Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
2.

Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka(murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
3.
Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.
4.
Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam
5.


Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam(murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.
6.
Seseorang atau pasangan suami-isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.
7.

Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya..
8.

Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
9.
Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
10.
Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
11.
Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
12.

Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
13.

Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
14.
Sepatutnya islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.


Inilah yang saya nak kengkawan seagama saya Islam cuba fikirkan dan dalami... bukan untuk menghakimi sesiapa tetapi hendak mencari kepastian mengenai perkara ini... Bukan juga saya nak membuat kontroversi tentang isu agama dalam negara... tapi saya minta pada kawan-kawan agama lain hormatilah agama orang lain sebelum menghakiminya... Dan bayangkan sahaja kalau agama kawaN-kawan dipersendakan "APA PERASAAN KAWAN-KAWAN".....



No comments:

Post a Comment