Pages,

Korean Artist

Korean Artist
New Picture

Thursday, 4 August 2011

FadHiLaT SolaT TaRaWikH.... MuDahAn DiPerOleHi... Amin (^,^)



FADHILAT DAN KELEBIHAN SOLAT TARAWIH 
Sayidina Ali Abi Talib ra. meriwayatkan sebuah Hadis (yang panjang) daripada Raulullah s.a.w, iaitu jawapan baginda ketika ditanya oleh para sahabat mengenai fadhilat dan kelebihan solat Tarawih pada setiap malam di bulan Ramadhan. Baginda bersabda bahawa: 

Malam ke 1 
Diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan. 

Malam ke 2 
Diampunkan dosa orang-orang yang beiiman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa- dosa kedua ibu 
bapanya. 

Malam ke 3 
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar 
meneruskan solatnya pada malarnmalam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka. 

Malam ke 4 
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi 
oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan AlQuran. 

Malam ke 5 
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala seumpama pahala orangorang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa. 

Malam ke 6 
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di 
Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan 
tarawih malam itu. 

Malam ke 7 
Seoalah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang 
musuhnya Fir'aun dan Hamman. 

Malam ke 8 
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s. 

Malam ke 9 
Allah S.W.T akan mengumiakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w. 

Malam ke 10 
Allah SWT mengurniakan kepada kebaikan dunia dan akhirat. 

Malam ke 11 
la meninggal dunia didalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan. 

Malam ke 12 
la akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya. 

Malam ke 13 
la akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan. 

Malam ke 14 
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka. 

Malam ke 15 
Semua malaikat yang memikul Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya. 

Malam ke 16 
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga. 

Malam ke 17 
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi. 

Malam ke 18 
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati). 

Malam ke 19 
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam syurga firdaus. 

Malam ke 20 
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh. 

Malam ke 21 
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya. 

Malam ke 22 
la akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut. 

Malam ke 23 
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya. 

Malam ke 24 
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut. 

Malam ke 25 
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya. 

Malam ke 26 
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan 
solat Tarawih pada malam tersebut. 

Malam ke 27 
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat. 

Malam ke 28 
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat. 

Malam ke 29 
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur. 

Malam ke 30 
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumiah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar. Selain daripada fadhilat-fadlulat yang tersebut di atas, terdapat banyak dan berbagai lagi fadhilat dan keutamaan solat 
Tarawih atau , Qiam. Ramadhan ini bagaimana yang disebutkan dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w. 

SELAMAT BERPUASA DAN BERTARAWIH 

No comments:

Post a Comment